Bayi Dibunuh Disembunyi Dalam Mesin Basuh
Shanghai – Misteri kehilangan seorang bayi berusia empat bulan akhirnya terbongkar apabila ibunya menemui anaknya itu di dalam mesin basuh, ketika dia mahu membasuh pakaian.
Lebih mengejutkan mayat bayi itu dimasukkan dalam beg plastik sebelum disembunyikan dalam mesin basuh itu.
Selepas siasatan dijalankan, mereka tidak menyangka bahawa pembunuh bayi malang itu adalah ibu saudaranya sendiri.
Suspek mengaku membunuh bayi berkenaan selepas bergaduh dengan kakaknya membabitkan isu wang.
Pembunuh tersebut, yang dikenali sebagai Lei ditangkap lewat malam semalam.
Setakat ini siasatan masih dijalankan.
Keluarga wanita itu, yang seramai lapan orang telah berpindah dari Anhui ke Shanghai dan menetap di dalam sebuah rumah.
Mereka menyara hidup dengan menjual makanan di gerai di bawah apartmen yang mereka duduki.
Kehilangan bayi itu disedari oleh neneknya apabila dia mendapati cucunya telah tiada di tempat tidur.
Susulan itu laporan polis dibuat selepas mereka bimbang bayi berkenaan diculik ketika mereka sekeluarga sibuk bekerja.
Polis kemudiannya menjalankan gerakan mencari bayi berkenaan di seluruh kawasan namun gagal mendapat petunjuk.
0 komentar:
Posting Komentar