Tampilkan postingan dengan label bayi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bayi. Tampilkan semua postingan

Bayi Dibunuh Disembunyi Dalam Mesin Basuh

. Kamis, 13 Maret 2014
0 komentar

Shanghai – Misteri kehilangan seorang bayi berusia empat bulan akhirnya terbongkar apabila ibunya menemui anaknya itu di dalam mesin basuh, ketika dia mahu membasuh pakaian.

Lebih mengejutkan mayat bayi itu dimasukkan dalam beg plastik sebelum disembunyikan dalam mesin basuh itu.

Selepas siasatan dijalankan, mereka tidak menyangka bahawa pembunuh bayi malang itu adalah ibu saudaranya sendiri.

Suspek mengaku membunuh bayi berkenaan selepas bergaduh dengan kakaknya membabitkan isu wang.

Pembunuh tersebut, yang dikenali sebagai Lei ditangkap lewat malam semalam.

Setakat ini siasatan masih dijalankan.

Keluarga wanita itu, yang seramai lapan orang telah berpindah dari Anhui ke Shanghai dan menetap di dalam sebuah rumah.

Mereka menyara hidup dengan menjual makanan di gerai di bawah apartmen yang mereka duduki.

Kehilangan bayi itu disedari oleh neneknya apabila dia mendapati cucunya telah tiada di tempat tidur.

Susulan itu laporan polis dibuat selepas mereka bimbang bayi berkenaan diculik ketika mereka sekeluarga sibuk bekerja.

Polis kemudiannya menjalankan gerakan mencari bayi berkenaan di seluruh kawasan namun gagal mendapat petunjuk.
Read More..

Bayi Kembar 12 Dipaksa Memilih Seorang Sahaja Untuk Hidup

. Kamis, 27 Februari 2014
0 komentar



IBU YANG MELAHIRKAN KEMBAR 12 DIPAKSA MEMILIH SEORG SAHAJA DAN 11 LAGI AKAN DIBUNUH


Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama
suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Sifat keperimanusiaan di China sudah lama pupus...knp kami berkata sedemikian? Sudah byk kes2 mengenai bayi didera, ada juga bayi & janin yg di makan, yang paling popular bkaitan kanak2 2tahun yg dilanggar & tiada siapa yg mempedulikannya... Sangat menyedihkan...

Sumber & gambar dr jomberita.com, sekiranya berita ini tidak benar, di harap dpt mberi teladan utk kita smua supaya lbih bersifat kemanusiaan.
Read More..

Kes bayi dua bulan maut dalam periuk selesai

. Rabu, 18 Desember 2013
0 komentar

myMetro

BATU PAHAT: Kes berkaitan kematian Asyraful Iskandar Mohd Noor, bayi lelaki berusia dua bulan yang ditemui meninggal dunia di dalam periuk di bawah kabinet dapur kediaman keluarganya di Kampung Seri Ladang, Rengit di sini, kelmarin, dianggap selesai.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan pihaknya mendapati tiada unsur jenayah membabitkan kematian Iskandar.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kami sudah merekodkan keterangan daripada keluarga mangsa. Ia kini dianggap selesai,” katanya, semalam.
Dalam kejadian kelmarin, Iskandar dikatakan hilang daripada buaian di kediamannya sebelum ditemui di dalam periuk oleh polis yang melakukan siasatan di sana.

Sebelum itu, bapa mangsa, Mohd Noor Salleh, 58, mendakwa pada hari kejadian iaitu jam 8 pagi, dia ke Klinik Kesihatan Seri Merlong dan kembali semula sejam kemudian dan mendapati isterinya, Zarinah Dahalan, 42, berada di muka pintu dan memaklumkan Iskandar hilang daripada buaian.

Menurut Noor, mereka bersama jiran berusaha mengesan Iskandar namun gagal sebelum membuat laporan di Balai Polis Rengit.

Iskandar bagaimanapun ditemui di dalam periuk dan disahkan meninggal dunia oleh doktor pakar di Hospital Batu Pahat akibat kegagalan fungsi otak.
Read More..