Ziana Zain Erra Fazira Dedah Rahsia

. Kamis, 06 Maret 2014

Meskipun kedua-dua figura jelita ini sudah berumah tangga dan mempunyai cahaya mata, namun pesona dan susuk tubuh Ziana Zain dan Erra Fazura masih tetap menggoda. Dan yang pasti dua wanita ini antara personaliti yang menjadi idola juga sumber inpirasi buat rata-rata kaum wanita.

Bertemu Ziana dan Erra pada malam kemuncak Miss Kebaya SlimWorld 2013 hujung minggu lalu, masing-masing mendedahkan rahsia, bagimana mereka kekal jelita dan mempunyai bentuk badan menawan sehingga kini. Menariknya, mereka punya ‘rahsia yang sama’.

Tak Makan Nasi

Bagi Ziana Zain, beliau telah memikul tanggungjawab sebagai duta produk perlansingan badan, Slimworld sejak tahun 2000 sehingga kini. Penyanyi yang popular dengan lagu Kekal ini memulakan rawatan sebaik saja selepas melahirkan anak kedua. Selain sentiasa mendapatkan rawatan yang berterusan daripada produk tersebut Ziana mendisiplinkan dirinya dengan tidak memakan nasi.

“Sewaktu usia saya 41 tahun, berat saya pernah mencecah sehingga 78kg. Tapi apabila saya jalani rawatan di Slimworld, hanya dalam masa dua bulan saya dapat semula berat idea saya, 50kg. Saya pernah cecah rekod 47kg tapi dengan berat yang begitu saya nampak tak sesuai. Sekarang ni dalam usia saya 45 tahun, berat saya kekal 51 kg. Sebenarnya suami saya juga adalah pendorong kuat supaya saya menjaga kecantikan dan penampilan saya. Tak salah saya nak cantik untuk suami saya.

“Disiplin sangat penting. Saya memang tahan diri saya daripada mengambil nasi. Kecuali lah kalau saya balik ke rumah mak saya tu, memang saya tak boleh tak makan nasi. Iyalah, mak masak kan…”, katanya.

Dari segi kecantikan wajah pula, Ziana memberitahu beliau tidak mengamalkan apa-apa petua istimewa. Sebaliknya sudah mejadi kebiasaan setiap kali bangun dari tidur Ziana akan menadah tangan dan berselawat kemudian menyapu kedua tapak tangannya ke muka.

Erra Disindir Saudara

Beralih pula kepada primadona Erra Fazira, aktres ni berkata beliau pernah berasa risau apabila mengalami kenaikan berat badan selepas melahirkan anak. Sehinggakan di kalangan ahli keluarganya ada yang mula menyindir mengatakan dia sudah gemuk sama seperti ahli keluarga lain.

“Selepas melahirkan anak, berat saya mencecah 78kg. Masa tu memang saya rasa risau sebab keluarga saya, kami memang baka yang bertubuh besar dan tinggi. Jadi masa tu memang saya selalu kena perli dengan beberapa saudara mara saya sebab saya dah berisi macam mereka.

“Kemudian saya cuba rawatan Slimworld dan selama lima tahun menjadi duta produk ni, pihak Slimworld memang menjaga saya dengan baik. Memastikan saya sentiasa mendapat bentuk badan dan berat yang ideal.

“Saya ni suka makan. Jadi agak lambat sikit nak nampak perubahan pada diri saya, sekurang-kurangnya enam bulan selepas rawatan”, kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Erra kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Semut. Selain filem lakonannya, Longkai bakal ditayangkan mulai 10 Oktober ini. – Malaysian Digest

0 komentar: