Tips dan amalan Halia legakan otot
PENGAMBILAN halia dalam diet harian sememangnya salah satu petua tradisional yang diamalkan sejak dahulu. Halia juga baik untuk mengubati penyakit selesema, sakit perut dan membuang angin daripada badan. Kini, penyelidikan Universiti Georgia, Amerika Syarikat mendapati penggunaan halia setiap hari dalam diet seseorang dapat mengurangkan ketegangan otot disebabkan latihan sukan atau senaman.
Masalah ketegangan otot selepas senaman sesuatu yang biasa berlaku dalam kalangan orang ramai. Akar halia yang dipanas ataupun dimasak dikatakan mempunyai kekuatan untuk menghilangkan kesakitan otot.
Menurut kajian itu halia yang berupaya memainkan peranan sebagai herba antiradang dapat mengurangkan ketegangan otot sehingga 25 peratus dan haba daripada halia pula dapat mengawal kesakitan yang semakin meningkat akibat aktiviti senaman itu.

Sumber: Universiti Georgia
0 komentar:
Posting Komentar