Pandangan Ustaz Terhadap Tarian Shuffle Rep

. Minggu, 15 Desember 2013
Memalukan umat Islam melibatkan diri dengan aktiviti Shuffle. Sepatutnya anak bangsa melayu Islam kita adalah merupakan bakal pemimpin negara kita pada masa akan datang, tetapi hakikatnya mereka leka dan berseronok dengan tarian yang dibawa oleh barat untuk memesongkan dan melekakan umat Islam. Kononnya sesiapa yang pandai dan berkebolehan menari shuffle ini hebat, menyihatkan badan, menutup aurat dan ramai awek sukakan kehebatannya. Tetapi mereka lupa akan kemurkaan Allah dengan segala perbuatan mereka yang menunjuk-nunjuk dan leka kepada suruhan Allah.
Siapa yang menjadi celaka membawa budaya tarian ini ke negara ini, kerana darinya ramai pemuda kita yang makin teruk dan makin lupakan kepada Allah, jika kita lihat dalam video mereka tidak ada langsung aktiviti-aktiviti yang membawa kepada manfaat, tetapi aktiviti yang membawa kepada maksiat dan hanya ada gelak ketawa, lagu yang memesongkan, sorakkan dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Di mana peranan ibu bapa mendidik anak-anak mereka, sehingga sanggup membiarkan mereka jadi begini. Ibu bapa hanya sibuk mencari duit semata-mata, tetapi tidak pandai mendidik anak sehingga menyebabkan berlaku berbagai-bagai masalah sosial. Saya malu dengan apa yang dilakukan oleh budak-budak muda kita yang membuang masa di pentas-pentas dan di jalanan-jalanan menghabiskan masa begitu sahaja. Sepatutnya mereka ini perlu menumpukan perhatian kepada pelajaran dan masa depan mereka.
Tarian atau aktiviti shuffle ini memang haram, kerana lebih banyak keburukan dari kebaikan. Siapa yang bawa tunggulah nanti dalam kubur dan akhirah, Allah akan azab pengasas tarian syaitan ini dengan azab yang amat pedih dan dahsyat.
Sesiapa yang ada komen dan tak setuju dengan pendapat saya ini bolehlah tinggalkan komen anda di sini.
sumber maklumat saya terima dari http://www.ustaznoramin.com/ 

0 komentar: