Tampilkan postingan dengan label keluar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label keluar. Tampilkan semua postingan
Mandela dibenar keluar hospital
Label: dibenar, hospital, keluar, mandela
SEBUAH ambulans yang didakwa membawa Mandela dilihat berada di luar rumah tokoh tersebut di Houghton, Johannesburg semalam.
JOHANNESBURG - Ikon anti-aparteid, Nelson Mandela (gambar kecil) dibenarkan keluar daripada hospital semalam dan dibawa pulang ke rumahnya di sini ketika beliau masih dalam keadaan kritikal, kata pejabat presiden Afrika Selatan.
Bekas Presiden Afrika Selatan itu sebelum ini dimasukkan ke hospital di Pretoria sejak 8 Jun lalu ekoran jangkitan paru-paru berulang.
Presiden Jacob Zuma dalam satu kenyataan berkata, Mandela berada dalam keadaan tidak stabil pada masa ini.
"Rumahnya telah diubah suai bagi membolehkan beliau menerima rawatan rapi di sana.
"Jururawat yang bertanggungjawab terhadap kesihatan Mandela adalah sama seperti diterimanya di hospital," kata kenyataan itu.
Pemenang Hadiah Nobel Keamanan berusia 95 tahun itu diraikan di seluruh dunia sebagai tokoh yang menjulang tinggi perdamaian.
Beliau pernah dipenjarakan selama 27 tahun kerana menentang pemerintahan minoriti kulit putih di Afrika Selatan.
Namun, selepas dibebaskan pada 1990, Mandela melakukan rundingan yang menamatkan pemerintahan aparteid di negara itu.
Beliau yang mesra dipanggil Madiba memenangi pilihan raya pertama di negara itu yang diadakan melalui proses demokrasi sepenuhnya pada tahun 1994. - AP
Syeikh Dr Ali Jumuah nafi keluar fatwa halal bunuh demonstran
Label: ali, bunuh, demonstran, dr, fatwa, halal, jumuah, keluar, nafi, syeikhMESIR: Ahli Majlis Ulama Besar, Asy-Syeikh Dr Ali Jumuah menafikan sekeras-kerasnya penyebaran fatwa palsu yang disandarkan kepada dirinya yang mengatakan "halal" membunuh penyokong legitimasi dan ahli Ikhwan Muslimin.
Beliau menegaskan bahawasanya khabar angin tersebut tidak berasas dan jauh menyimpang dari kebenaran, sumber Al-Azhar Asy-Syarif menyebut.
Katanya, khabar angin yang telah tersebar itu sangat bertentangan dengan ajaran Islam, yang mana menyeru untuk memelihara nyawa serta kehidupan manusia, mengutuk dengan keras segala bentuk kekejaman.
Fatwa palsu itu sebelum ini tersebar di media khususnya yang pro kerajaan kudeta serta beberapa media antarabangsa.
Asy-Syeikh Dr Ali Jumuah juga menyebut bahawasanya beliau ketika menyandang jawatan Mufti Republik Arab Mesir, pernah mengeluarkan fatwa berkenaan keharusan mengadakan demonstrasi atau tunjuk perasaan secara aman yang tidak akan menyebabkan berlaku sebarang kemudharatan.
Dalam fatwa tersebut, beliau juga menyebut berkenaan pengharaman penggunaan sebarang bentuk senjata semasa demontrasi, dan kesucian darah rakyat Mesir yang tidak boleh dicabuli.
Beliau menegaskan bahawasanya khabar angin tersebut tidak berasas dan jauh menyimpang dari kebenaran, sumber Al-Azhar Asy-Syarif menyebut.Katanya, khabar angin yang telah tersebar itu sangat bertentangan dengan ajaran Islam, yang mana menyeru untuk memelihara nyawa serta kehidupan manusia, mengutuk dengan keras segala bentuk kekejaman.