Tampilkan postingan dengan label dr. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dr. Tampilkan semua postingan

Syeikh Dr Ali Jumuah nafi keluar fatwa halal bunuh demonstran

. Selasa, 04 Maret 2014
0 komentar
MESIR: Ahli Majlis Ulama Besar, Asy-Syeikh Dr Ali Jumuah menafikan sekeras-kerasnya penyebaran fatwa palsu yang disandarkan kepada dirinya yang mengatakan "halal" membunuh penyokong legitimasi dan ahli Ikhwan Muslimin.

Beliau menegaskan bahawasanya khabar angin tersebut tidak berasas dan jauh menyimpang dari kebenaran, sumber Al-Azhar Asy-Syarif menyebut.

Katanya, khabar angin yang telah tersebar itu sangat bertentangan dengan ajaran Islam, yang mana menyeru untuk memelihara nyawa serta kehidupan manusia, mengutuk dengan keras segala bentuk kekejaman.

Fatwa palsu itu sebelum ini tersebar di media khususnya yang pro kerajaan kudeta serta beberapa media antarabangsa.

Asy-Syeikh Dr Ali Jumuah juga menyebut bahawasanya beliau ketika menyandang jawatan Mufti Republik Arab Mesir, pernah mengeluarkan fatwa berkenaan keharusan mengadakan demonstrasi atau tunjuk perasaan secara aman  yang tidak akan menyebabkan berlaku sebarang kemudharatan.

Dalam fatwa tersebut, beliau juga menyebut berkenaan pengharaman penggunaan sebarang bentuk senjata semasa demontrasi, dan kesucian darah rakyat Mesir yang tidak boleh dicabuli.
Read More..

Gara gara video ini habis keburukkan Dr Fadzilah Kamsah didedah

. Jumat, 21 Februari 2014
0 komentar

  kerengga 

Blog darisungaiderhaka.blogspot.com

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa agaknya pakar motivasi tersohor dalam negara ini Dato Dr.Fadzilah Kamsah tiba-tiba menjadi sasaran serangan Blogger Pro Pakatan Rakyat hari ini?

Semuanya kerana tersebarnya video di bawah ini,

Dari penjelasan yang dibuat oleh beliau dalam video di bawah beliau mengatakan Allah akan membalas kejahatan manusia itu didunia lagi.

Malah menurutnya juga rakyat di negara ini tidak pernah dizalimi, boleh hidup selesa mencari makan.

Semua kenyataan ini menampakkan sikap sebenar beliau terhadap Islam itu sendiri.

Beliau seolah-olah dibutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran, maka inilah sebabnya satu persatu wajah sebenar beliau didedahkan.

Beliau tidak mampu untuk menipu diri sendiri lagi sekarang melainkan membuat kenyataan bahawa beliau juga seperti Hassan Ali, perjuangan yang berlandaskan "cari makan" semata-mata atau istilahnya "materealistik".

Semoga dengan ini ia dapat menjadi pengajaran kepada lain-lain pakar motovasi atau pendakwah bebas agar lebih berhati-hati membuat kenyataan politik yang boleh memusnahkan masa depan mereka akhirnya. Ini namanya "cakap tak serupa bikin"

Apa yang telah didedahkan tentang pakar motivasi ini sila lihat di (SINI )
-selatanonline-
Read More..