Tampilkan postingan dengan label jepun. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jepun. Tampilkan semua postingan

Tentera Jepun Berwaspada Hadapi Ancaman

. Sabtu, 08 Februari 2014
0 komentar

Tokyo – Tentera Jepun diletakkan di dalam keadaan berjaga-jaga semalam ketika Tokyo dan Beijing terus bertikam lidah berhubung kepulauan yang menjadi rebutan di Laut China Timur yang terletak antara Okinawa dan Taiwan.

Pada masa sama Tokyo mengerah jet tempur membuat rondaan di kepulauan Okinawa selama dua hari sebagai reaksi balas apabila pesawat tentera China terbang berhampiran di ruang udara di perairan antarabangsa berhampiran wilayah itu.

“Kami menasihatkan pihak yang relevan supaya tidak memandang rendah pendirian tegas tentera China untuk menjaga kedaulatan wilayahnya” Geng Yansheng, Jurucakap kementerian pertahanan China
Beijing berang

Kelmarin, Beijing berang dengan laporan yang menyatakan Jepun merancang menembak jatuh pesawat kawalan jauh asing yang menceroboh ruang udaranya jika amaran meninggalkan kawasan itu tidak dihiraukan.

“Kami menasihatkan pihak yang relevan supaya tidak memandang rendah pendirian tegas tentera China untuk menjaga kedaulatan wilayahnya.

“Jika Jepun mengambil tindakan seperti menembak jatuh pesawat seperti dikatakan, ia bakal menimbulkan provokasi serius, tindakan perang dan kami akan memberi tindakbalas keras dengan akibatnya, ditanggung pihak yang menyebabkan provokasi,” kata jurucakap kementerian pertahanan China, Geng Yansheng.

Agensi berita Kyodo menyatakan, Tokyo membuat rancangan itu selepas pesawat kawalan jauh tentera China memasuki zon pertahanan udara Jepun berhampiran pulau yang menjadi rebutan di Laut China Timur bulan lalu.

Laporan menyatakan pesawat tentera China, dua pesawat Y8 dan dua pesawat pengebom H6, terbang dari Laut China Timur ke Lautan Pasifik sebelum kembali, tetapi tidak menceroboh ruang udara Jepun.

Pemimpin Jepun sebaliknya memberi amaran kepada China supaya tidak mengubah keseimbangan kuasa di rantau itu dengan kekerasan, ketika laporan semalam menyatakan kerajaan mengerah jet tempur sebagai tindak balas kepada pesawat tentera China yang berlegar di ruang udara berhampiran Okinawa. – AFP
Read More..

Jilat Tombol Pintu Cara Baru Model Jepun Posing Dalam Gambar

. Minggu, 22 Desember 2013
0 komentar
WTFishhh ?! Kami tidak tahu kenapa model-model dari Jepun ini buat posing pelik-pelik. Harap-harap orang luar sana yang suka buat duckface tak berjangkit dengan posing mengarut ni. #LOLololol..


http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com

http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
Read More..