Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Lelaki Ajak Bapa Saudara ‘Ratah’ Anaknya Sendiri Di Ipoh…Astagfirullah

. Senin, 03 Februari 2014
0 komentar
Lelaki Ajak Bapa, Saudara Ratah Anaknya Sendiri Di Taiping...Astagfirullah!


Manusia kini semakin kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mana mungkin ayah yang selama ini menjadi tempat bergantung telah sanggup mempergadaikan maruah anak sendiri.
Di Ipoh, satu peristiwa menyayat hati telah berlaku kepada dua adik-beradik perempuan yang masing-masing berusia enam dan lapan tahun.
Mereka dikhabarkan telah diperlakukan seperti hamba seks sejak beberapa tahun lalu.
Lebih menyedihkan apabila bukan bapa saja yang terjebak dalam kejadian yang dilaknat Allah SWT ini, malah datuk, makcik dan pakcik turut berkelakuan sama!
Menurut The Star, ibu dan bapa kanak-kanak itu telah bercerai. Jadi setiap kali ibunya mahu ke tempat kerja, dia akan meninggalkan anak-anaknya dengan saudara yang menetap di Taiping.
Oleh yang demikian, bapa kepada dua kanak-kanak ini telah ‘menculik’ mereka ke rumahnya dengan mengikat mata mereka, memberi dadah dan ubat malah mengikat tangan tanpa belas kasihan.
Lalu, mereka (termasuk datuk, pakcik dan makcik) melakukan serangan seksual dan menyiksa kanak-kanak yang masih ‘mentah’ itu!
Perkara ini hanya dikenalpasti, apabila kanak-kanak berkenaan mengadu yang mereka berasa sakit pada alat kemaluan kepada ibunya.
Selepas ibunya membawa anak perempuannya ke hospital, doktor memberitahu anaknya yang berusia lapan tahun mengalami koyakkan pada selaput dara manakala anak bongsunya telah mengalami luka pada bahagian sama.
Lebih mengejutkan, apabila ibunya mendakwa yang bekas suami dan keluarga lelaki itu telah mengadakan pesta seks!
Sehubungan itu, dia telah membuat laporan polis pada 27 Disember lalu.
Ketua Polis Perak Timbalan Comm Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.
Terkini, menerusi Berita Harian, polis telah menahan lima suspek bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol dan cabul dua adik-beradik perempuan berkenaan.
Suspek berusia antara 17 dan 70 tahun.
DCP Mohd Shukri berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 (b) Kanun Keseksaan kerana rogol.
Semoga pesalah mendapat hukuman setimpal!
Oleh: KASIH ISA
* atas adalah gambar hiasan
Read More..

Pelakon Lelaki Siri TV Muzikal Terkenal Glee Ditemui Mati Di Hotel

. Kamis, 30 Januari 2014
0 komentar
Pelakon Lelaki Siri TV Muzikal Terkenal, Glee Ditemui Mati Di Hotel

Pelakon utama dalam rancangan bersiri terkemuka Glee, Cory Monteith telah dijumpai mati di dalam sebuah hotel di Vancouver memetik laporan E! News.
Pelakon berusia 31 tahun itu menginap di Hotel Fairmontn dan telah lewat mendaftar keluar, menurut pegawai polis di Vancouver.
Cory dijumpai mati dan berseorangan di pada tengah hari waktu tempatan.
Menurut Timbalan Ketua Polis Vancouver, Doug LaPard, pihaknya tidak akan memberitahu apa yang dijumpai di dalam bilik tersebut malah tiada sebarang kemungkinan ia merupakan satu tindakan jenayah.
Monteith daftar masuk hotel tersebut pada 6 Julai lalu dan dia tidak menetap bersama teman wanitanya yang juga pelakon Glee, Lea Michele.
Tambah LaPard, pelakon itu telah meninggal dunia selama beberapa jam ketika ditemui pihak polis.
Menurut Jabatan Polis Vancouver, rakan kamera liter tertutup menunjukkan Monteith kembali ke bilik hotel berseorangan pada awal pagi.
Dalam pada itu, pihak polis juga masih belum membuat sebarang pengesahan berkenaan punca kematian.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: E! News
Read More..

Lelaki Amerika Peluk Islam Lepas Lihat Saf Solat Subhanallah!

. Jumat, 27 Desember 2013
0 komentar

Dalam satu program bertajuk ONE FAMILY dalam saluran Majd Channel, Moderatornya ialah Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) menceritakan sebuah kisah tentang seorang lelaki Amerika bukan Muslim yang berbincang dengannya mengenai Islam ketika sedang menonton siaran langsung Solat Isya’ dalam bulan Ramadhan di Makkah.

Lelaki Amerika itu sangat terkejut melihat keadaan umat Islam melalui kaca TV itu, melebihi 3 Juta orang yang berhimpit antara satu sama lain di dalam Masjidil Haram pada malam terakhir di dalam bulan suci Ramadhan itu, terlalu ramai dan sangat tidak terurus

Sheikh tersebut bertanya kepada lelaki Amerika itu” Berapa lama kamu fikir mereka akan menguruskan diri masing-masing untuk berada dalam barisan dan memulakan solat?

Lelaki Amerika itu menjawab” Sekurang-kurangnya 2-3 jam”Sheikh itu berkata” Tetapi Masjidil Haram mempunyai 4 aras?”Lelaki itu menjawab” Oh, kalau begitu pasti akan mengambil masa lebih kurang 12 jam!”Sheikh itu berkata lagi

Kamu bayangkan bahawa mereka datang dari seluruh pelusuk dunia dengan berlainan bahasa, mungkinkah mereka dapat berada dalam satu barisan untuk memulakan solat?”

Lelaki Amerika itu menjawab” Jika begitu amat mustahil bagi mereka untuk menguruskan diri agar berada dalam satu barisan untuk memulakan solat!!”Dan apabila waktu solat sudah pun tiba, Sheikh Abdul Rahman As-Suddais berdiri tegak lalu melaungkan kalimah” Rapatkan Saf… “

Dan dalam beberapa saat saja, seluruh pemandangan di Masjdil Haram berubah serta merta dan 3 Juta Muslim sebentar tadi telah tersusun rapi dalam barisan hanya SEKELIP MATA.

Lelaki Amerika itu memandang kaca TV sejenak lalu beliau berkata“ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAHI bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and MessengerLihatlah betapa ajaibnya Islam, hanya kerana saf solat saja boleh menarik penganut agama lain untuk yakin dengan agama mulia ini…

Sumber: wowberita.org



Read More..

Zed Zaidi Dapat Anak Lelaki

.
0 komentar


Tahniah diucapkan kepada pelakon Zed Zaidi apabila isterinya Nelly Natalia selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada jam 9.30 pagi tadi.

Bayi lelaki comel dan sihat yang diberi nama Ryan Ziqry itu dilahirkan seberat 4.32 kilogram.

Zed yang dihubungi melahirkan rasa syukur dan gembira apatah lagi isterinya bersalin di bulan Ramadan.

"Tiada kata-kata lain yang dapat digambarkan melainkan rasa syukur saya kepada Allah. Pastinya saya gembira dan dalam masa yang sama tanggungjawab saya lebih besar selepas ini," kongsinya gembira.

Zed Zaidi memilih tarikh 27 sebagai hari kelahiran anaknya kerana ia bersamaan dengan tarikh lahirnya. 



Sumber : Media Hiburan
Read More..