Tampilkan postingan dengan label agama. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label agama. Tampilkan semua postingan

Datuk Tuan Ibrahim kata Soi Lek tidak patut campur tentang urusan agama lain

. Senin, 17 Februari 2014
0 komentar
Pas: Soi Lek patut tutup mulut
Wartawan Sinar Harian
23 Oktober 2012
Tuan Ibrahim Tuan Man 
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - “Beliau patut tutup mulut, Soi Lek tidak patut campur tentang urusan agama lain,” kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, kenyataan dikeluarkan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek itu langsung tidak tepat dan boleh memberi kesan  terhadap keharmonian negara.
“Beliau tidak faham tentang hukum jenayah Islam tetapi sewenangnya mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan. Rasuah tidak termasuk dalam hudud, rasuah berada di bawah hukum takzir.

“Kenyataan dikeluarkan itu sangat celupar dan boleh mencetuskan provokasi agama. Hudud bukan perkara yang patut dipolitikkan, ini perintah ALLAH sebagai kewajipan untuk orang Islam,” katanya ketika mengulas kenyataan dikeluarkan Soi Lek yang mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

Soi Lek berkata demikian ketika berucap di perhimpunan agung MCA ke-59 kelmarin.
Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan turut menggesa Umno mengambil tindakan terhadap pemimpin MCA itu.
“Saya cabar beliau kemukakan bukti serta statistik yang sahih menyatakan negara yang mengamalkan hudud itu paling korup? Saya juga bersedia berdebat dengan beliau,” katanya.
Read More..

Rusuhan Agama Berlaku Di Pakistan

. Kamis, 19 Desember 2013
0 komentar

Rusuhan Agama Berlaku Di Pakistan
Rusuhan Agama Berlaku Di Pakistan - LAHORE : Sejumlah penduduk Kristian menunjuk perasaan di beberapa bandar di Pakistan semalam bagi membantah sekumpulan penganut Islam membakar lebih 100 buah rumah di negara ini.
Tunjuk perasaan itu dibuat ekoran lebih 3,000 penduduk Islam bertindak ganas di sebuah kawasan yang dihuni penduduk Kristian, Joseph Colony.
Penduduk Islam itu bertindak membakar ratusan rumah selepas membantah tindakan seorang penganut Kristian yang membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW tiga hari lalu.
Menurut polis, kira-kira 150 orang telah ditangkap.
Bagaimanapun, tiada seorang pun yang mati dalam rusuhan agama itu.
Polis berkata, satu perbalahan antara dua rakan yang mabuk telah menyebabkan kenyataan mengaibkan tersebut dikeluarkan.
Sejumlah penunjuk perasaan di bandar ini yang menuntut supaya lebih banyak perlindungan diberikan kepada para penganut Kristian bertempur dengan polis yang menggunakan cota dan gas pemedih untuk menyuraikan mereka.
Seorang pegawai polis, Abdul Ghaffar Qaisarani berkata, para penunjuk perasaan itu juga menyekat laluan sebatang jalan raya yang sibuk.
Terdapat juga pertempuran kecil antara polis dengan para penunjuk perasaan di Karachi.
Tunjuk perasaan turut berlaku di Islamabad, ibu kota Pakistan,
Pemerintah tempatan Punjab menjanjikan ganti rugi sebanyak 200,000 rupee (RM6,351) untuk setiap keluarga yang terjejas akibat rusuhan tersebut.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Punjab, Shahbaz Sharif menaikkan ganti rugi itu kepada 500,000 rupe (RM15,879). – Agensi
Read More..