Sesungguhnya wanita adalah makhluk Allah yang sangat unik. Di kala badan membesar seiring dengan kehamilan, wajah ibu-ibu mengandung makin bertambah keseriannya. Perkara yang sama berlaku kepada Diana Danielle yang kini sedang menyambung pelajarannya di Sydney, Australia.
Sudah pasti Diana Danielle akan merindui suaminya, Farid Kamil sepanjang berada di sana. Namun itulah pengorbanan buat seorang isteri yang mahu memperbaiki dirinya daripada segi pendidikan. Pasti Farid Kamil tak sabar-sabar untuk bercuti dan melawat isterinya. Tambahan lagi kehamilan Diana Danielle makin hari makin sarat.
Semoga Diana Danielle sentiasa sihat dan anak di dalam kandungannya turut membesar tanpa sebarang masalah. Jangan lupa pergi checkup. Peminat mesti tertanya-tanya adakah Diana akan melahirkan anaknya di Australia atau di Malaysia kelak.
sumber
0 komentar:
Posting Komentar