Gigi Patah Ketika Gigit Burger Ayam KFC Disaman
10 Desember 2013
Ilustrasi | ABC
Stuart Kopania, seorang lelaki Adelaide, Australia, saman restoran fast food Kentucky Fried Chicken (KFC) kerana, katanya, giginya patah ketika menggigit sebiji burger ayam yang dibeli dari restoran itu.
Kopania menuntut KFC di Mahkamah Adelaide, dan meminta ganti rugi sebanyak 12,000 dollar atas rasa sakit yang dideritanya dan untuk menutup biaya perubatan yang harus dibayarnya.
Kopania mengatakan, dia membeli apa yang seharusnya, burger ayam tanpa tulang, dari sebuah restoran KFC di kota itu pada Julai 2010. Namun, dia mengaku, giginya patah ketika menggigit burger tersebut.
Menurut Kopania, KFC melakukan kecuaian kerana gagal memastikan bahawa makanannya selamat untuk dimakan.
Diaa mengatakan, sebatang gigi geraham kirinya pecah dan perlu perawatan terus-menerus kerana gigi yang rosak itu dipasangi kepala gigi.
Dalam pembelaannya, KFC berargumen, semua rasa sakit atau penderitaan yang diakui dialami oleh Kopania tidak berkaitan dengan insiden yang dituduhkan itu.
Perbicaraan untuk mencapai penyelesaian ditangguh sehingga Februari 2014.

Sumber : ABC Australia
0 komentar:
Posting Komentar